Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Empat Lelaki Rampas Dadah Lebih Rm15 Ribu

Published: 13 Apr 2018 1.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seremban, 12 April 2018 - Polis menahan empat lelaki serta merampas dadah jenis syabu bernilai RM15,312 dalam empat serbuan berasingan di sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan, Selasa lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-empat-lelaki-rampas-dadah-lebih-rm15-ribu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:56 MYT


Seremban, 12 April 2018 - Polis menahan empat lelaki serta merampas dadah jenis syabu bernilai RM15,312 dalam empat serbuan berasingan di sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Mohd Faisal Yahya berkata, suspek berusia antara 19 hingga 37 tahun itu ditahan hasil serbuan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menerusi 'Op Khas' antara pukul 7 pagi hingga 5 petang.

"Empat serbuan berasingan di sekitar Port Dickson itu membabitkan sebuah rumah teres, sebuah rumah kedai dan kolam ikan serta turut menahan sebuah kereta di Lukut yang dipercayai digunakan bagi tujuan aktiviti pengedaran. Semua kawasan tersebut dipercayai menjadi lokasi pengedaran dadah yang aktif di Port Dickson.

"Keempat-empat suspek merupakan pengedar yang aktif di kawasan Port Dickson dan ujian saringan air kencing didapati positif. Suspek juga mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kesemua suspek kini ditahan reman bagi tujuan siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

- BERNAMA

ArticlePublished 13 Apr 2018 1.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM