Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Dua Warga Thailand Kerja Di Rumah Urut

Published: 12 May 2015 1.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 11 Mei - Polis menahan dua wanita warga Thailand yang dipercayai bekerja secara haram di sebuah premis urut di Jalan Wong Ah Jang di sini petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-warga-thailand-kerja-di-rumah-urut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:48 MYT

Kuantan, 11 Mei - Polis menahan dua wanita warga Thailand yang dipercayai bekerja secara haram di sebuah premis urut di Jalan Wong Ah Jang di sini petang semalam.

Mereka yang berusia 20 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis yang diketuai Ketua Balai Polis Kuantan ASP Rusdi Abd Rashid pada pukul 2 petang ketika sedang menunggu pelanggan di premis itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, bila disiasat wanita itu mengakui telah masuk ke negara ini secara haram sebelum ditawarkan bekerja sebagai tukang urut dengan gaji RM1,500 sebulan.

"Dalam serbuan itu polis turut mengambil keterangan penjaga premis tersebut berusia 35 tahun," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, polis merampas sebuah buku log yang tertulis rekod kedatangan pelanggan bersama beberapa helai resit bayaran pelanggan yang mendapatkan khidmat urut.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 55B (1) dan 39(b) Akta Imigresen.

BERNAMA

ArticlePublished 12 May 2015 1.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM