Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Dua Suspek Lelaki Kes Curi Motosikal

Diterbitkan: 16 Jun 2017 2.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Kinabalu, 16 Jun 2017 - Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal di pusat beli-belah 1Borneo dekat sini Ahad lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-suspek-lelaki-kes-curi-motosikal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:49 MYT

Kota Kinabalu, 16 Jun 2017 -  Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam  kes curi motosikal di pusat beli-belah 1Borneo dekat sini Ahad lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kedua-dua suspek berusia 29 dan 30 tahun itu ditahan secara berasingan di Pekan Menggatal semalam.

"Suspek pertama ditahan kira-kira pukul 4 pagi di hadapan kedai 7-Eleven dan susulan tangkapan itu sepasukan anggota dari balai polis Menggatal telah menahan seorang lagi suspek kira-kira pukul 8 pagi di lokasi berhampiran.

"Hasil tangkapan itu polis berjaya menemukan sebuah motosikal jenis Demak yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan apabila disemak didapati motosikal  itu telah dilaporkan hilang di 1Borneo Ahad lepas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan  mendapati seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah  berkaitan dadah.

-- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2017 2.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM