Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Dua Orang Rampas 1 000 Pil Kuda Dan 44 Pil Ecst

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 23 Feb - Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita serta merampas 1,000 bijil pil kuda dan 44 biji pil ecstasy dalam serbuan di sebuah rumah di Lorong Seri Kuantan di sini, Khamis lepas..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-orang-rampas-1-000-pil-kuda-dan-44-pil-ecst
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:48 MYT

Kuantan, 23 Feb - Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita serta merampas 1,000 bijil pil kuda dan 44 biji pil ecstasy dalam serbuan di sebuah rumah di Lorong Seri Kuantan di sini, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata dalam serbuan 9.30 malam itu, polis menemui 1,000 biji pil kuda dan 44 biji pil ecstasy di dalam sebuah almari di tingkat atas rumah dua tingkat itu.

"Selain itu, polis merampas wang tunai RM860, sebuah kereta jenis Honda Civic FD dan sebuah Proton Iswara daripada suspek," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia 23 tahun itu, yang berasal dari Bukit Kuantan, mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes dadah manakala suspek wanita yang juga berusia 23 tahun tidak mempunyai rekod jenayah.

Yap berkata ujian air kencing ke atas suspek lelaki mendapatinya positif dadah jenis methamphetamine manakala suspek wanita, yang berasal dari Felda Triang, negatif dadah.

Beliau berkata suspek dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada seorang lelaki di Terengganu untuk diedarkan kepada penagih di sekitar Kuantan.

Mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, Sek 39A (1) dan Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber :
BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM