Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Dua Lelaki Seorang Wanita Bersama 521 Gram Dadah

Diterbitkan: 03 May 2018 11.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuching, 3 Mei 2018 - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bersama 21 peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu dalam satu serbuan di sebuah rumah di kawasan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR), Jalan Matang di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-lelaki-seorang-wanita-bersama-521-gram-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:55 MYT

Kuching, 3 Mei 2018 - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bersama 21 peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu dalam satu serbuan di sebuah rumah di kawasan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR), Jalan Matang di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Supt Sahar Abdul Latif berkata polis menyerbu rumah itu pada kira-kira pukul 3.30 petang berdasarkan maklumat risikan dan menemui dadah berkenaan dalam satu beg plastik hitam di dalam sebuah kereta Toyota Vios.

“Semua 21 peket plastik lutsinar itu disyaki dadah jenis syabu yang dianggar seberat 521.35 gram, dan turut disita ialah wang tunai RM6,430 serta tiga bentuk cincin yang dianggar bernilai RM5,070. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM145,978,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata saringan ujian air kencing mendapati salah seorang daripada tiga suspek itu positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya ketiga-tiga suspek yang berumur antara 16 dan 24 tahun didapati tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan mereka ditahan serta disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 03 May 2018 11.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM