Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Dua Lelaki Rampas Pistol 8 Peluru

Published: 17 Jun 2014 8.19 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
Petaling Jaya, 31 Julai - Polis merampas sepucuk pistol dan lapan butir peluru daripada dua lelaki tempatan yang ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di Kota Damansara, di si..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-lelaki-rampas-pistol-8-peluru
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:14 MYT

Petaling Jaya, 31 Julai - Polis merampas sepucuk pistol dan lapan butir peluru daripada dua lelaki tempatan yang ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di Kota Damansara, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kedua-dua suspek itu ditahan oleh pasukan peronda polis pada pukul 1 pagi dan hasil pemeriksaan menemukan sepucuk pistol jenis Taurus 9mm bersama lapan peluru.

"Berlaku sedikit pergelutan ketika polis memeriksa beg suspek, bagaimanapun pihak kami berjaya menahan suspek tersebut dan merampas 80 biji pil dadah jenis eramin 5," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis eramin 5 dan masing-masing mempunyai tiga rekod jenayah meliputi dadah, samun dan merusuh.

Katanya suspek direman sehingga Isnin ini untuk siasatan mengikut Seksyen B Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kita percaya suspek tersebut turut melakukan beberapa kegiatan jenayah lain di sekitar kawasan ini," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.19 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM