Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Bongkar Kegiatan Pembalakan Haram Di Sibu

Diterbitkan: 17 Jun 2014 8.20 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.43 PM
Kuching, 31 Julai - Satu lagi kegiatan pembalakan haram terbongkar di Sarawak berikutan penemuan 300 batang balak yang baru ditebang di tebing Sungai Igan, Sibu, Selasa lepas...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-bongkar-kegiatan-pembalakan-haram-di-sibu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:46 MYT

Kuching, 31 Julai - Satu lagi kegiatan pembalakan haram terbongkar di Sarawak berikutan penemuan 300 batang balak yang baru ditebang di tebing Sungai Igan, Sibu, Selasa lepas.

Komander Pasukan Gerakan Marin (PGM) Polis Wilayah Lima Sarawak, Assisten Komisioner Mohd Saleh Mat Jani berkata balak berkenaan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM35,000 dipercayai baru ditebang dari kawasan berdekatan.

"Siasatan kami mendapati balak ini dilonggokkan di satu kawasan yang tidak diwartakan untuk pemunggahan mahupun untuk tujuan pembalakan," katanya dalam sidang berita di Markas PGM di sini hari ini.

Menurutnya balak berkenaan dipercayai diletakkan di kawasan itu sementara waktu sebelum dijual ke kilang kayu berdekatan. Komoditi ini kini dirampas sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak untuk tindakan lanjut.

Katanya ini merupakan kes rampasan balak yang ketiga oleh PGM Sarawak tahun ini dengan rampasan terbesar dibuat Mac lepas melibatkan balak dan jentera bernilai hampir RM760,000 manakala kes pertama melibatkan nilai rampasan kira-kira RM30,000 pada Januari lepas.

Sementara itu, Mohd Saleh berkata PGM akan memperketatkan pemeriksaan dan rondaan keselamatan di bawah Operasi Tango Papa menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri ini khusus di kawasan berdekatan terminal bot penumpang dan pelabuhan di negeri ini.

Menurutnya tumpuan khas operasi ini adalah di Kuching, Sibu dan Sarikei di mana bot ekspres paling banyak beroperasi.

"Operasi kita akan melibatkan tujuh buah bot rondaan dengan 45 pegawai dan anggota," katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 8.20 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.43 PM