Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Dua Lelaki Rampas Dadah Bernilai Rm4 500

Diterbitkan: 14 Jun 2017 2.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Kinabalu, 14 Jun 2017 - Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4,500 dalam serbuan di kawasan Sadong Jaya, Sembulan, dekat sini malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-lelaki-rampas-dadah-bernilai-rm4-500
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:00 MYT

Kota Kinabalu, 14 Jun 2017 - Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4,500 dalam serbuan di kawasan Sadong Jaya, Sembulan, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata polis telah menemui satu peket plastik berisi 47 biji pil warna kemerahan disyaki pil jenis ekstasi dan empat peket plastik lutsinar berisi dadah jenis ketamin seberat kira-kira 13.46 gram yang ditemui dalam satu beg silang seorang daripada suspek ketika serbuan dibuat pada jam 8.40 malam.

"Bertindak atas maklumat pengedaran dadah, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah Kota Kinabalu telah menjalankan pemerhatian dan membuat serbuan ke atas dua lelaki terbabit di kawasan tersebut.

Semasa serbuan dijalankan, seorang daripada suspek telah bertindak agresif untuk melarikan diri, namun suspek tersebut gagal berbuat demikian dan berjaya ditahan setelah berlaku pergelutan. Hasil pemeriksaan, polis telah menjumpai satu beg silang pada badan suspek dan menemui dadah tersebut di dalam beg itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata kedua-dua lelaki berumur 22 dan 33 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah.

Suspek yang masing-masing bekerja sebagai pemandu teksi dan tukang masak itu direman selama empat hari sehingga 17 Jun ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

-- BERNAMA



ArtikelDiterbitkan 14 Jun 2017 2.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM