Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Dua Lelaki Disyaki Samun Rumah Saifuddin Nasutio

Diterbitkan: 17 Jun 2014 4.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan dua lelaki yang disyaki menyamun rumah Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Kampung Air Hijau..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-lelaki-disyaki-samun-rumah-saifuddin-nasutio
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:48 MYT
MACHANG, 9 Jun (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki yang disyaki menyamun rumah Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Kampung Air Hijau di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedot berkata kedua-dua suspek berusia 23 dan 27 tahun itu diberkas di rumah masing-masing di Kampung Gosong di sini pada 1.05 pagi Sabtu.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis menemui pelbagai barangan seperti komputer riba, jam tangan, telefon bimbit, sejumlah wang tunai dan mata wang asing.

"Kita masih mengesan tiga lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian samun pada 6.30 petang Khamis lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di Machang, Ahad.

Che Malek berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk bangunan dan kedua-dua suspek ditahan reman tiga hari bermula Ahad bagi membantu siasatan.

"Kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan seorang daripada mereka baru keluar daripada penjara Disember lepas atas kesalahan sama. Seorang lagi bekerja sebagai penoreh getah," kata Che Malek.

--BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 4.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM