Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Dua Lelaki Dipercayai Memiliki Daun Ketum

Published: 17 Jun 2014 8.31 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
Besut, 5 Ogos - Polis membanteras kegiatan penjualan air ketum di sini selepas menahan dua lelaki dalam 'Ops Tutup' ketika cuba membawa masuk daun ketum ke Terengganu di sini pagi ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-lelaki-dipercayai-memiliki-daun-ketum
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:56 MYT

Besut, 5 Ogos - Polis membanteras kegiatan penjualan air ketum di sini selepas menahan dua lelaki dalam 'Ops Tutup' ketika cuba membawa masuk daun ketum ke Terengganu di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata suspek masing-masing berusia 50 dan 39 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Kedah menuju Terengganu dan ditahan pada sekatan jalan di Kampung Lak Lok, Jerteh pukul 7.50 pagi ini.

"Polis menemui dua bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi daun berwarna kehijauan dipercayai ketum di bahagian tempat letak kaki tempat duduk belakang kereta Proton Perdana itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya but kereta suspek turut dipenuhi daun kehijauan dipercayai ketum.

Kamaruddin berkata kedua-dua lelaki itu ditahan untuk siasatan dan barang kes disimpan di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.31 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM