Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Dua Lelaki Bersama Syabu Bernilai Rm1 2 Juta

Diterbitkan: 29 Sep 2016 2.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Taktik pasangan adik dan abang ipar menggunakan bungkusan plastik biskut dan minuman '3-in-1' sebagai modus operandi pengedaran dadah tidak menjadi apabila ditahan bcrsama lapan kilogram (kg) syabu bernilai RM1.2 juta di pesisir pantai Kukup dekat Pontian, petang kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-lelaki-bersama-syabu-bernilai-rm1-2-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:14 MYT

Taktik pasangan adik dan abang ipar menggunakan bungkusan plastik biskut dan minuman '3-in-1' sebagai modus operandi pengedaran dadah tidak menjadi apabila ditahan bcrsama lapan kilogram (kg) syabu bernilai RM1.2 juta di pesisir pantai Kukup dekat Pontian, petang kelmarin.

Ketua Polis Johor Daluk Wan Ahmad Najmudin Mohd berkata. aktiviti didalangi warga tempatan berusia 23 tahun bersama abang iparnya bcrusia 35 tahun dari Batam, Indonesia itu dikesan empat anggotanya ketika melaksanakan rondaan dalam Op Gelora pada jam 4.15 petang.

Hasil siasatan polis terhadap suspek dan bot mereka menemui syabu yang diletakkan secara terhuka di atas bot dinaiki pasangan adik dan abang ipar itu dengan dadah dibungkus dalam surat khabar dan plastik pembungkusan makanan.

Berikutan itu katanya, kedua-dua suspek ditahan reman selama seminggu bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah.

Sumber: Harian Metro

Polis Tahan Dua Lelaki Bersama Syabu Bernilai Rm1 2 Juta
ArtikelDiterbitkan 29 Sep 2016 2.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM