Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Dua Lelaki Bangladesh Berkaitan Kes Penemuan Mayat Di Tasik Puchong

Diterbitkan: 10 May 2016 1.21 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.29 PM
Shah Alam, 10 Mei 2017 - Polis menahan dua lelaki warga Bangladesh yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes seorang lelaki yang ditemukan mati dalam but kereta BMW di sebuah bekas lombong di Tasik Puchong, Taman Maju Jaya, Ahad lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-lelaki-bangladesh-berkaitan-kes-penemuan-mayat-di-tasik-puchong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:29 MYT
Shah Alam, 10 Mei 2017 - Polis menahan dua lelaki warga Bangladesh yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes seorang lelaki yang ditemukan mati dalam but kereta BMW di sebuah bekas lombong di Tasik Puchong, Taman Maju Jaya, Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata suspek yang berusia 23 dan 27 tahun itu ditahan berhampiran lokasi kejadian, pada hari yang sama (hari kejadian).

"Suspek, masing-masing bekerja di kebun sayur dan kolam ternakan ikan berhampiran kawasan tasik berkenaan...siasatan turut menunjukkan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga sedang menyiasat sekiranya ada individu lain yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Kedua-dua suspek direman sehingga 22 Mei depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Dalam kejadian Ahad lepas, polis menemukan mayat seorang lelaki dalam but kereta BMW yang tenggelam di sebuah bekas lombong di Tasik Puchong.

Polis percaya lelaki itu dibunuh sebelum mayatnya kemudian dimasukkan ke dalam but kereta dan ditenggelamkan di tasik berkenaan.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 10 May 2016 1.21 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.29 PM