Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Dua Beradik Suspek Kes Dera Amah Sehingga Mati

Published: 11 Feb 2018 4.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bukit Mertajam, 11 Februari 2018 - Pembantu rumah warga Indonesia yang didera majikannya sebelum diselamatkan polis semalam, meninggal dunia petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-beradik-suspek-kes-dera-amah-sehingga-mati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:24 MYT

Bukit Mertajam, 11 Februari 2018 - Pembantu rumah warga Indonesia yang didera majikannya sebelum diselamatkan polis semalam, meninggal dunia petang tadi.

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam.

Ketika ditemui, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan muka serta cedera di kedua-dua kaki.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pihaknya sudah menahan dua beradik yang juga suspek berusia 36 dan 39 tahun untuk siasatan.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat mangsa bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Berita Harian Online

ArticlePublished 11 Feb 2018 4.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM