Polis Tahan Dua Beradik Miliki Pelbagai Jenis Dadah
Dua beradik ditahan di kediaman mereka di Simpang 4, Kampung Sungai Ranggam, Kota Setia, Teluk Intan selepas didapati memiliki pelbagal jenis dadah.
Kedua-dua remaja berusia 16 dan 17 tahun yang dipercayai tidak mempunyai kad pengenalan itu ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polls Daerah (IPD) Hilir Perak dalam Ops Tapis pada jam 6.40 petang kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan berkata, dua beradik tersebut dipercayai baru saja aktif lebih kurang sebulan dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di kawasan tersebut.
Menurutnya, hasil serbuan di kediaman mereka, polis menemui satu paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 60.80 gram dengan niiai rampasan RM3,040 dan satu paket lut sinar dadah jenis methampetamine seberat 2.0 gram bemilai RM400 dan 10 paket lut sinar kecil berisi dadah jenis heroin seberat 462.60 gram bemilai RM23,130 di tempat sama berserta satu alat penimbang elektronik berwama hitam.
Turut dirampas wang tunai berjumlah RM330 dipercayai wang jualan dadah bersama sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dipercayai milik salah seorang suspek bernilai RM4,000.
"Ini menjadikan nilai rampasan keseluruhan bagi tangkapan ini berjumlah RM30,900 dan kesemua mereka ditahan reman selama lapan hari bermula 28 Oktober hingga 4 November ini.
Tetiga-tiga mereka positif dadah jenis methampetamine akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berhahaya 1952 dan boleh dihukum mati mandatori jika disabit kesalahan.
Sumber : Sinar Harian