Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Bekas Tentera Miliki Senapang Angin Buatan Sendi

Published: 19 Jun 2014 3.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bachok, 1 April - Polis menahan seorang bekas tentera kerana disyaki memiliki selaras senapang angin buatan sendiri di Gunung di sini, semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-bekas-tentera-miliki-senapang-angin-buatan-sendi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:23 MYT

Bachok, 1 April - Polis menahan seorang bekas tentera kerana disyaki memiliki selaras senapang angin buatan sendiri di Gunung di sini, semalam.

Ketua Daerah Polis Bachok DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di rumahnya pada pukul 5 pagi, Isnin.

"Polis juga turut merampas 76 biji bebola besi yang dipercayai dijadikan peluru senapang berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata polis turut merampas sebilah pedang yang diletakkan di bawah tempat duduk pemandu kereta milik suspek.

Suspek ditahan reman selama empat hari mulai semalam, untuk disiasat mengikut Akta Senjata 1960 dan Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1953.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM