Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan 85 Individu Termasuk Dua Wanita Dalam Ops Canta

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 19 Mac - Polis Kuala Lumpur menahan 85 orang termasuk dua wanita dalam Ops Cantas Khas Rentap di sekitar ibu negara mulai Jumaat lepas hingga semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-85-individu-termasuk-dua-wanita-dalam-ops-canta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:55 MYT

Kuala Lumpur, 19 Mac - Polis Kuala Lumpur menahan 85 orang termasuk dua wanita dalam Ops Cantas Khas Rentap di sekitar ibu negara mulai Jumaat lepas hingga semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kesemua mereka yang berusia lingkungan 16 hingga 35 tahun itu ditahan atas kesalahan kesalahan termasuk mencuri kenderaan, mempunyai rekod dikehendaki, memiliki dadah, berjudi, samun berkawan dan menculik.

"Seramai 1,866 individu termasuk 11 wanita, turut diperiksa sepanjang operasi berkenaan dan sebanyak 579 kenderaan turut diperiksa dalam tempoh masa tersebut.

"Sebilah parang, sebuah telefon bimbit dan dadah jenis heroin seberat 132 gram turut rampas dalam operasi berkenaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Sumber :
BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM