Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 50 Gro

Published: 16 Jun 2014 2.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
GEORGE TOWN, 16 Sept (Bernama) -- Lima Puluh wanita rakyat asing termasuk dua gadis bawah umur yang berkerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di Restoran Myth & KTV Lounge di Tanj..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-50-gro
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:04 MYT
GEORGE TOWN, 16 September 2010 -- Lima Puluh wanita rakyat asing termasuk dua gadis bawah umur yang berkerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di Restoran Myth & KTV Lounge di Tanjung Tokong, Rabu malam.

Dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, polis turut menyelamatkan dua gadis rakyat Vietnam berusia di bawah 18 tahun yang dipercayai mangsa kegiatan pemerdagangan orang.

Operasi oleh Unit Anti Permerdagangan Orang Bukit Aman, Polis Kontingen Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut itu diketuai ASP Nordin Ibrahim.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 28 wanita rakyat China dan 17 rakyat Vietnam yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an dan menyalahguna pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai GRO, kata Nordin.

Beliau berkata seorang daripada wanita China yang ditahan itu tidak mempunyai pasport.

"Polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang berkerja sebagai kapten, seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai juruwang dan seorang rakyat China yang menjadi ibu ayam," katanya.

Nordin berkata hasil pemeriksaan mendapati lesen perniagaan premis itu telah tamat tempoh pada 8 Jun 2010.

"Polis merampas beberapa peralatan hiburan dari premis berkenaan dan enam pelanggan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.
ArticlePublished 16 Jun 2014 2.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM