Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 49 Individu Anjur Perjudian Loteri Awam Tanpa Lesen

Published: 01 Oct 2017 7.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
JOHOR BAHRU, 1 Okt (Bernama) -- Polis menahan 49 individu menerusi 49 serbuan berasingan di seluruh negeri ini, malam tadi, bagi membanteras kegiatan perjudian loteri awam tanpa lesen.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-49-individu-anjur-perjudian-loteri-awam-tanpa-lesen
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:29 MYT

POLIS TAHAN 49 INDIVIDU ANJUR PERJUDIAN LOTERI AWAM TANPA LESEN

JOHOR BAHRU, 1 Okt (Bernama) -- Polis menahan 49 individu menerusi 49 serbuan berasingan di seluruh negeri ini, malam tadi,  bagi membanteras kegiatan perjudian loteri awam tanpa lesen.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata serbuan menerusi Ops Dadu Khas berkenaan ditumpukan terhadap individu atau sindiket yang menganjurkan kegiatan perjudian loteri awam tanpa lesen.

"Kesemua 49 lelaki dan wanita terbabit berumur 18 hingga 67 tahun. Polis turut merampas wang tunai RM3,224 yang dipercayai merupakan wang pertaruhan nombor loteri, 49 telefon bimbit pelbagai jenama, 49 mesin pencetak pelbagai jenama serta 161 keping kertas pelbagai saiz yang tercatat angka-angka dipercayai nombor loteri awam," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata kesemua mereka dikenakan tindakan mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, pihaknya melakukan 1,528 serbuan terhadap premis dan orang perseorangan yang menjalankan kegiatan perjudian loteri awam tanpa lesen.

Katanya 1,585 individu ditahan dan polis turut merampas wang tunai RM247,326 manakala 1,163 kes telah dituduh di mahkamah.

-- BERNAMA
ArticlePublished 01 Oct 2017 7.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM