Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan 32 Pati Di Kinabatangan

Diterbitkan: 30 Jun 2018 12.16 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kinabatangan, 30 Jun 2018 - Polis menahan seramai 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dan Indonesia dalam operasi bersepadu di Kilometer 80 Jalan Sandakan-Lahad Datu, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-32-pati-di-kinabatangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:42 MYT

Kinabatangan, 30 Jun 2018 - Polis menahan seramai 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dan Indonesia dalam operasi bersepadu di Kilometer 80 Jalan Sandakan-Lahad Datu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata sebelas yang ditahan adalah lelaki dewasa, sembilan wanita dewasa dan 12 kanak-kanak.

Katanya 29 PATI yang ditahan adalah warganegara Filipina dan tiga lagi warganegara Indonesia.

Operasi itu dijalankan bermula jam 9 malam dan berakhir jam 1 pagi hari ini, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata dua lelaki rakyat tempatan berusia 30 dan 32 tahun turut ditahan dalam operasi itu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah.

A. Sahak berkata operasi tersebut juga melibatkan anggota Jabatan Imigresen.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 30 Jun 2018 12.16 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM