Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 3 Lelaki Miliki Pistol

Published: 13 Jun 2014 1.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan tiga lelaki dan merampas sepucuk pistol jenis Llama dalam dua serbuan berasingan di Pantai Dalam dan Jalan Bukit Bintang...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-3-lelaki-miliki-pistol
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:17 MYT

Kuala Lumpur - 16 Jun 2009. Polis menahan tiga lelaki dan merampas sepucuk pistol jenis Llama dalam dua serbuan berasingan di Pantai Dalam dan Jalan Bukit Bintang. Kesemua mereka ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ekoran satu laporan ugutan jenayah yang dilakukan oleh salah seorang daripada suspek.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Muhammad Sabtu Osman berkata, tangkapan pertama adalah melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun yang ditahan di Jalan Bukit Bintang kira-kira pukul 12 tengahari.
"Hasil soal siasat terhadap suspek, polis menahan seorang lagi suspek berusia 20 tahun di kawasan yang sama. Polis kemudian menahan suspek ketiga berusia 30-an di pantai Dalam pada pukul 2.30 petang. Turut ditemui sepucuk pistol jenis Llama dan sebutir peluru" katanya pada Sidang Akhbar di IPKKL.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM