Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 28 Penagih

Published: 16 Jun 2014 12.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Jabatan Narkotik Johor menahan 28 penagih dadah termasuk tiga warga asing dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di sekitar Jeti Stulang Laut..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-28-penagih
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:20 MYT

JOHOR BAHARU, 28 Julai 2010 -- Jabatan Narkotik Johor menahan 28 penagih dadah termasuk tiga warga asing dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di sekitar Jeti Stulang Laut di sini pada Rabu.

Pegawai Turus Operasi Risikan dan Tahanan Jabatan Narkotik Johor, DSP Hamazah Abd Razak berkata penagih yang kesemuanya lelaki berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan hasil operasi selama tiga jam mulai pukul 8 pagi.

Didapati ada antara mereka merupakan penagih tegar yang pernah ditahan pihak berkuasa sebelum ini, katanya.

Operasi dilakukan di kawasan pintu keluar-masuk ke negeri ini, bersama Unit Anjing Pengesan, Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia.

Hamazah berkata polis turut menemui sejumlah dadah dari beberapa penagih.

ArticlePublished 16 Jun 2014 12.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM