Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 23 Gro Rakyat Asing Di George Town

Published: 17 Jun 2014 5.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan 23 wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus Selasa malam..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-23-gro-rakyat-asing-di-george-town
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:50 MYT
GEORGE TOWN, 12 Jun (Bernama) -- Polis menahan 23 wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mereka yang terdiri daripada 20 rakyat China, dua Vietnam dan seorang Thailand itu ditahan ketika melayan pelanggan dalam premis berkenaan.

"Kesemua wanita berusia antara 20 dan 30 tahun itu didapati menyalahguna pas lawatan sosial dan dipercayai turut menawarkan khidmat seks," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang disyaki menjadi pelindung kepada GRO terbabit dan merekodkan keterangan daripada lima pelanggan lelaki dan pekerja pusat hiburan itu.

-- BERNAMA
ArticlePublished 17 Jun 2014 5.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM