Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 21 Wanita Asing Disyaki Pelacur

Published: 16 Jun 2014 12.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan lima wanita Thailand dan 16 wanita China berumur antara 25 dan 30 tahun yang disyaki pelacur dalam serbuan berasingan "Ops Noda" di Bandar Puteri 5 dan Seri Kembangan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-21-wanita-asing-disyaki-pelacur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:03 MYT

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2010 -- Polis menahan lima wanita Thailand dan 16 wanita China berumur antara 25 dan 30 tahun yang disyaki pelacur dalam serbuan berasingan "Ops Noda" di Bandar Puteri 5 dan Seri Kembangan dekat sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abd Razak Elias berkata dalam serbuan pertama pada kira-kira pukul 5.30 petang ke atas sebuah premis makanan di Bandar Puteri 5, polis memberkas lima wanita Thailand dan enam wanita China.

"Kami percaya premis itu juga menawarkan khidmat seks, dan pemilik premis itu seorang lelaki Cina berumur 25 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Khamis.

Beliau berkata dalam serbuan kedua di sebuah restoran di Seri Kembangan pada kira-kira pukul 2 pagi ini pula selain 10 wanita China, 10 lelaki tempatan berumur sekitar 40-an yang disyaki pelanggan turut ditahan.

Katanya kesemua mereka ditahan reman seminggu bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 55B, Akta Imigresen 1959 kerana menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit.

ArticlePublished 16 Jun 2014 12.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM