Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 20 Wanita China Bekerja Sebagai Gro Di Taman Ipo

Published: 16 Jun 2014 3.16 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan 20 orang wanita warga China kerana didapati bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Taman Ipoh di sini Khamis malam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-20-wanita-china-bekerja-sebagai-gro-di-taman-ipo
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:15 MYT
IPOH, 14 Januari 2011 (Bernama)

Polis menahan 20 orang wanita warga China kerana didapati bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Taman Ipoh di sini Khamis malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata polis turut menahan seorang lelaki berumur 29 tahun yang dipercayai penjaga pusat hiburan itu dalam serbuan pada kira-kira pukul 9.40 malam itu.

Beliau berkata siasatan mendapati semua warga China itu menyalahguna permit sebagai pelancong dan pelajar untuk bekerja di pusat-pusat hiburan sekitar bandar raya.

"Polis turut merampas 10 keping paspot lawatan, satu paspot pekerja, serta sembilan paspot pelajar, dan semua wanita warga China berusia antara 20 dan 20 tahun itu ditahan reman 14 hari untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Mohd Dzuraidi berkata wanita itu akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta permit, sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

"Pemilik premis pula akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit," katanya.
ArticlePublished 16 Jun 2014 3.16 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM