Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan 20 Individu Rampas Barang Judi Online Di Keningau

Diterbitkan: 04 Oct 2016 7.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Kinabalu, 4 Okt 2016- Polis menahan 20 individu termasuk enam wanita dalam serbuan di sebuah premis judi komputer online di bangunan kedai lama pekan Keningau, Keningau, tengah malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-20-individu-rampas-barang-judi-online-di-keningau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:27 MYT

Kota Kinabalu, 4 Okt 2016- Polis menahan 20 individu termasuk enam wanita dalam serbuan di sebuah premis judi komputer online di bangunan kedai lama pekan Keningau, Keningau, tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata dalam serbuan 12.10 tengah malam itu, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk 16 set komputer, satu modem WiFi, satu broadband, 16 kerusi dan wang tunai RM1,090.

"Ketika serbuan dibuat, 13 lelaki berumur 24 hingga 51 tahun dan enam wanita berumur 20 hingga 49 tahun berada di dalam premis itu sedang bermain judi komputer online.

Turut ditahan seorang lelaki berumur 27 tahun dipercayai penjaga premis itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Salehhudin berkata kesemua individu warga tempatan itu ditahan reman hingga 8 Okt ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(B)(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan jika disabitkan kesalahan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun, katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 04 Oct 2016 7.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM