Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 18 Warga Benua Afrika Rampas 96 Kg Ganja

Published: 16 Jun 2014 2.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Polis telah merampas 96 kg dadah jenis ganja bernilai hampir RM300,000 dan menahan 18 orang dari benua Afrika dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-18-warga-benua-afrika-rampas-96-kg-ganja
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:01 MYT

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Polis telah merampas 96 kg dadah jenis ganja bernilai hampir RM300,000 dan menahan 18 orang dari benua Afrika dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Othman Harun berkata kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 19 dan 40 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di seluruh negara sejak awal Januari lepas.

"Hasil risikan, sindiket itu turut menggunakan kolej-kolej pengajian tinggi swasta di bandar-bandar besar termasuk di ibu negara sebagai lokasi pengedaran dadah.

"Dadah-dadah yang diedarkan itu adalah untuk para pelajar kolej berkenaan dan ini merupakan trend terkini yang digunakan sindiket dari Afrika itu sebagai usaha mengukuhkan pasaran mereka di negara ini," katanya kepada pemberita di Bukit Aman pada Rabu.

Katanya, polis juga mengesan kegiatan sindiket itu yang kini beralih arah dengan menyeludup dadah jenis ganja, berbanding sebelum ini yang hanya menyeludup dadah jenis heroin dan kokain ke luar negara.

"Kalau sebelum ini, penahanan kita banyak tertumpu kepada warga Iran, tetapi warga Afrika turut memainkan peranan yang sama dengan mensasarkan rakyat kita sebagai mangsa yang akhirnya menjadikan mereka sebagai keldai dadah," katanya.

Othman berkata polis akan terus memantau kegiatan sindiket pengedaran dadah yang sentiasa mencari peluang mempergunakan rakyat tempatan meskipun terdapat pengurangan ketara dalam jumlah keldai dadah dari negara ini.

"Setakat Januari tahun ini sehingga sekarang, seramai 47 warga Malaysia yang berumur lingkungan 20 hingga 30-an ditahan di luar negara dan daripada jumlah itu 19 daripadanya adalah kurier dadah yang membawa dadah jenis ganja.

"Ini menunjukkan pengurangan kerana sepanjang tahun lepas, seramai 54 orang rakyat kita ditahan di luar negara atas kesalahan yang sama," katanya.

ArticlePublished 16 Jun 2014 2.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM