Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 17 Lelaki Dipercayai Penagih Dadah

Published: 17 Jun 2014 5.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Operasi bermula pukul 12 tengah hari itu membabitkan 16 anggota diketuai Subinspektor Ismail Omar dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun dan mereka menahan 26 orang ya..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-17-lelaki-dipercayai-penagih-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:48 MYT

Dungun, 15 Jun - Seramai 17 lelaki berusia lingkungan 20 hingga 56 tahun, yang dipercayai penagih dadah, ditahan dalam satu operasi di sebuah rumah usang di Paka tengah hari semalam.

Operasi bermula pukul 12 tengah hari itu membabitkan 16 anggota diketuai Subinspektor Ismail Omar dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun dan mereka menahan 26 orang yang berada dalam rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Dahlan Mohd Noor berkata ujian awal mendapati 11 daripada suspek positif dadah jenis Methamphetamine manakala enam lagi positif morfin.

"Selebihnya dibebaskan selepas ujian pantas membuktikan mereka negatif mengambil dadah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah Rawatan Dan Pemulihan 1983.

- BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM