Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan 17 Individu Terlibat Nombor Ekor Tidak Berlesen

Diterbitkan: 15 Dec 2016 10.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan 17 individu dalam beberapa serbuan berasingan di premis nombor ekor tidak berlesen di sekitar negeri ini, dari petang sehingga malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-17-individu-terlibat-nombor-ekor-tidak-berlesen
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:15 MYT
Johor Bahru, 15 Disember 2016 - Polis menahan 17 individu dalam beberapa serbuan berasingan di premis nombor ekor tidak berlesen di sekitar negeri ini, dari petang sehingga malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata serbuan antara 5 petang hingga 8 malam itu, berjaya menahan mereka yang berusia antara 20 hingga 56 tahun mengikut Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

"Dalam serbuan itu, kita menahan 14 lelaki dan tiga wanita yang dipercayai terdiri daripada pekerja, pemilik dan juga pelanggan premis terbabit," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pihaknya turut merampas 17 telefon, 17 mesin pencetak dan wang tunai keseluruhannya berjumlah RM911.

Beliau berkata serbuan dan tangkapan dilakukan di Pasir Gudang; Seri Alam; Rengit, Batu Pahat; Kluang; Kulai; Senai; Tangkak; Labis; Segamat dan Pontian. 

Kamarul berkata mereka yang didapati menjalankan atau menganjurkan judi ekor tanpa lesen boleh dituduh mengikut Seksyen 4 A(a) ARJT 1953 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 sehingga RM200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 15 Dec 2016 10.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM