Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 13 Suspek Dalam Ops Lejang

Published: 19 Dec 2016 11.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis berjaya menyelesaikan 15 kes curi motosikal di kawasan Bagan Serai, Kuala Kurau dan Parit Buntar dengan tertangkapnya 13 lelaki sepanjang Ops Lejang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-13-suspek-dalam-ops-lejang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:37 MYT

Bagan Serai, 19 Disember 2016 - Polis berjaya menyelesaikan 15 kes curi motosikal di kawasan Bagan Serai, Kuala Kurau dan Parit Buntar dengan tertangkapnya 13 lelaki sepanjang Ops Lejang. 

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata kesemua suspek
berumur antara 15 dan 37 tahun itu ditahan dalam operasi dari Oktober hingga
November lalu yang diketuai Inspektor Azhazarul Hairi Ab Hamid.

"Lapan suspek yang juga merupakan penagih dadah telah dituduh di mahkamah manakala seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

"Sembilan lagi suspek merupakan saksi kejadian," katanya kepada pemberita di
Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di sini hari ini.

Beliau berkata antara yang ditahan dalam operasi pada 30 Nov lalu ialah empat anggota kumpulan 'Atan' berumur 21 hingga 32 tahun yang bergerak aktif mencuri motosikal sejak awal tahun ini.

"Polis berjaya merampas tiga motosikal daripada kumpulan berkenaan yang dicuri di Taiping dan Bandar Baharu, Kedah," katanya.

Menurutnya, modus operandi yang dilakukan suspek adalah mencuri motosikal yang diletakkan di hadapan rumah dan menggunakan motosikal itu untuk mengedar dadah.

Dalam perkembangan lain, Omar Bakhtiar berkata polis sedang mengesan suspek kes rompak kedai emas yang berlaku di sini pada 7 Dis lalu, membabitkan kerugian RM280,000.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkannya kepada polis untuk membantu siasatan," katanya. - BERNAMA
ArticlePublished 19 Dec 2016 11.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM