Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 12 Pati Dalam Ops Bersepadu

Published: 20 Apr 2015 12.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 19 April - Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu di dua lokasi di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-12-pati-dalam-ops-bersepadu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:14 MYT


Kota Kinabalu, 19 April - Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu di dua lokasi di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Azhar Hamin berkata tangkapan itu dibuat hasil pemeriksaan terhadap 48 warga asing dalam operasi bermula 4 pagi di kuarters penginapan sebuah kilang dan rumah setinggan sekitar bandar raya ini.

"Sembilan warga Filipina ditahan manakala tiga lagi warga Indonesia," katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam operasi itu, polis turut menahan lapan lelaki dan seorang wanita yang positif dadah.

Operasi Bersepadu itu yang berakhir 12 tengah hari itu disertai tiga pegawai dan 154 anggota Pasukan Gerakan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Imigresen serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

BERNAMA

ArticlePublished 20 Apr 2015 12.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM