Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 111 Motosikal Dalam Ops Samseng Jalan Raya Di Ku

Published: 17 Jun 2014 1.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan 111 motosikal dalam Ops Samseng Jalan Raya di Kampung Padang Garam, Kota Marina, Kuala Kedah dekat sini pada Ahad..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-111-motosikal-dalam-ops-samseng-jalan-raya-di-ku
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:05 MYT
KUALA KEDAH, 17 Sept 2012 - Polis menahan 111 motosikal dalam Ops Samseng Jalan Raya di Kampung Padang Garam, Kota Marina, Kuala Kedah dekat sini pada Ahad.

Operasi yang bermula pukul 3 petang dan berakhir kira-kira 11 malam diketuai Ketua Polis Trafik Kota Setar DSP Jamil Ahamed, menahan 132 remaja berusia lingkungan 14 dan 21 tahun termasuk 15 remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti merempit.

Ketua Polis Kedah ACP Adzaman Mohd Jan berkata 86 motosikal disita kerana penunggangnya melakukan pelbagai kesalahan seperti pengubahsuaian kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

"Kita bebaskan 25 motosikal yang mempunyai lesen memandu, cukai jalan selain motosikal mereka tidak diubah suai, selain ujian air kencing negatif," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata polis turut menahan empat remaja lelaki yang positif dadah.
ArticlePublished 17 Jun 2014 1.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM