Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 11 Lelaki Terbabit Judi Di Cameron Highlands

Published: 28 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan 11 lelaki dipercayai terlibat kegiatan perjudian berbentuk simulator dan mesin slot di sebuah premis dekat Jalan Besar Ringlet, Cameron Highlands tengah malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-11-lelaki-terbabit-judi-di-cameron-highlands
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:21 MYT

 

Kuantan, 28 Okt - Polis menahan 11 lelaki dipercayai terlibat kegiatan perjudian berbentuk simulator dan mesin slot di sebuah premis dekat Jalan Besar Ringlet, Cameron Highlands tengah malam tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah kesemua suspek berusia lingkungan 25 hingga 43 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 12.30 malam selepas menerima maklumat awam.

"Dalam serbuan itu, seorang penjaga bersama lima pekerja premis ditahan dan pada masa sama lima lagi lelaki yang leka bermain mesin judi tersebut turut ditangkap," katanya.

Beliau berkata selain itu polis juga merampas 25 unit mesin judi slot video, tiga unit mesin judi simulator, lapan helai kertas catatan rekod niaga dan wang tunai RM5,450.

Datuk Raja Shahrom berkata semakan awal juga mendapati premis berkenaan tidak memiliki lesen perjudian yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 (B) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 5 (1)(b) Enakmen Hiburan Negeri Pahang.

Serbuan itu dijalankan sepasukan anggota polis JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dengan kerjasama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands.

- BERNAMA


ArticlePublished 28 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM