Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan 11 Individu Rampas Pelbagai Jenis Dadah

Diterbitkan: 08 Jan 2018 7.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah berkata, rampasan tersebut membabitkan nilai berjumlah RM5,210.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-11-individu-rampas-pelbagai-jenis-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:49 MYT

POLIS TAHAN 11 INDIVIDU, RAMPAS PELBAGAI JENIS DADAH

PASIR MAS 8 Jan. - Polis merampas pelbagai jenis dadah serta daun ketum dalam empat serbuan berasingan di sekitar jajahan ini.

Dalam serbuan yang bermula Sabtu lalu hingga awal pagi tadi itu, seramai 11 suspek berusia antara 17 hingga 56 tahun termasuk seorang wanita berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah berkata, rampasan tersebut membabitkan nilai berjumlah RM5,210.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM785 dalam serbuan berkenaan.

“Serbuan tersebut melibatkan kawasan sekitar Gual Sitok, Meranti dan Tok Uban.

“Kita akan terus mempergiatkan lagi operasi dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah di jajahan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Antara dadah yang dirampas dalam empat serbuan itu ialah herion, pil kuda dan ubat batuk.

Abdullah memberitahu, rampasan daun ketum itu dilakukan oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa.

ArtikelDiterbitkan 08 Jan 2018 7.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM