Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 10 Lelaki Terlibat Dadah Di Mersing

Published: 16 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan 10 lelaki disyaki terlibat dengan dadah dalam empat serbuan menerusi Ops Tapis di Felda Tenggaroh 6 dan Felda Tenggaroh 2, dekat Mersing, awal pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-10-lelaki-terlibat-dadah-di-mersing
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:45 MYT

Johor Bahru, 16 Sept - Polis menahan 10 lelaki disyaki terlibat dengan dadah dalam empat serbuan menerusi Ops Tapis di Felda Tenggaroh 6 dan Felda Tenggaroh 2, dekat Mersing, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Supt M. Kumar berkata dalam kesemua serbuan itu, pihaknya turut merampas dadah jenis heroin seberat kira-kira 101.27 gram serta wang tunai RM1,040.

"Empat daripada lima lelaki yang ditahan di Felda Tenggaroh 6 positif dadah jenis MOP manakala seorang lagi memiliki dadah jenis Heroin," kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Kesemua mereka yang berusia antara 20 tahun hingga 45 tahun, kini ditahan di Balai Polis Mersing.

Kumar berkata hasil siasatan awal mendapati dadah tersebut dipercayai dibungkus semula dan diedarkan kepada penagih-penagih di kawasan Felda Tenggaroh, Mersing.

Bagi lelaki yang memiliki dadah jenis heroin, dia direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 sementara yang lain-lain direman selama 14 hari di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya. - BERNAMA

ArticlePublished 16 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM