Polis Tahan 10 Lelaki Rampas 53 Paket Heroin
Jelebu
- 30 Jun 2009. Sepasukan polis dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis
Daerah Jelebu berjaya menahan 10 lelaki berusia 35 hingga 45 tahun yang
dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah
bersama 53 peket kecil bungkusan dadah jenis heroin, di Felda pasoh 1.
Ketua
Polis Daerah, DSP Setapa Yusoff berkata, operasi Tapis Bersepadu yang
disertai 12 anggota itu melakukan serbuan di kawasan yang dikenali
'Bukit Mek'. Ketika serbuan, kesemua lelaki tersebut sedang leka
menjalankan urusan jual beli dan penagihan dadah. Pihak polis juga
merampas barangan dan peralatan menghisap dadah dan menemui 53 bungkusan
kecil berisi dadah jenis heroin bernilai RM5,300. Setiap bungkusan
kecil itu bernilai RM100 mengikut harga pasaran tempatan.
Tiga
lelaki ditahan atas tuduhan mengedar dadah, seorang memiliki dadah
dan enam lagi dipercayai penagih. 3 lelaki terbabit akan didakwa di
bawah Seksyen 39B Akta dadah merbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan
boleh membawa hukuman mati mandatori. bagi kesalahan memiliki dadah,
lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta dadah Berbahaya 1952
dan boleh didenda hingga RM100,000 atau penjara hingga 5 tahun jika
sabit kesalahan.