Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 10 Lelaki Rampas 53 Paket Heroin

Published: 13 Jun 2014 2.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pihak polis merampas barangan dan peralatan menghisap dadah dan menemui 53 bungkusan kecil berisi dadah jenis heroin bernilai RM5,300. Setiap bungkusan kecil itu bernilai RM100 mengikut harga pasaran..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-10-lelaki-rampas-53-paket-heroin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:54 MYT

Jelebu - 30 Jun 2009. Sepasukan polis dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu berjaya menahan 10 lelaki berusia 35 hingga 45 tahun yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah bersama 53 peket kecil bungkusan  dadah jenis heroin, di Felda pasoh 1.

Ketua Polis Daerah, DSP Setapa Yusoff berkata, operasi Tapis Bersepadu yang disertai 12 anggota itu melakukan serbuan di kawasan yang dikenali 'Bukit Mek'. Ketika serbuan, kesemua lelaki tersebut sedang leka menjalankan urusan jual beli dan penagihan dadah. Pihak polis juga merampas barangan dan peralatan menghisap dadah dan menemui 53 bungkusan kecil berisi dadah jenis heroin bernilai RM5,300. Setiap bungkusan kecil itu bernilai RM100 mengikut harga pasaran tempatan.

Tiga lelaki ditahan atas tuduhan mengedar dadah, seorang memiliki dadah dan enam lagi dipercayai penagih. 3 lelaki terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 39B Akta dadah merbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori. bagi kesalahan memiliki dadah, lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta dadah Berbahaya 1952 dan boleh didenda hingga RM100,000 atau penjara hingga 5 tahun jika sabit kesalahan.

ArticlePublished 13 Jun 2014 2.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM