Polis Sihat Tonggak Keselamatan Rakyat
Oleh : Kpl Edwind Indo
POLIS SIHAT TONGGAK KESELAMATAN RAKYAT
Bukit
Aman, 21 Feb – Pegawai dan anggota polis wajar mengutamakan tahap
kesihatan yang baik dan mengekalkan ketangkasan semasa menjalankan
tugasan yang semakin mencabar masa kini.
Saranan
itu disokong melalui kempen Program Gaya Hidup Sihat oleh Y.Bhg Tan Sri
Haji Ismail bin Haji Omar, bekas Ketua Polis Negara yang dilancarkan
pada Mac 2012.
Untuk
terus memberi kesedaran kepada segenap lapisan warga Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Cawangan Kebajikan Bukit Aman menganjurkan ceramah gaya
hidup sihat bertajuk Kesihatan Lelaki di Dewan Theathrette, Menara 1,
Bukit Aman pagi tadi.
Ceramah
dikendalikan oleh Y.Bhg Professor Dr. Zulkifli bin Zainuddin, Pakar
Bedah Urologis Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
"Amalan
pemakanan sihat serta melakukan aktiviti fizikal amat penting ke arah
persekitaran hidup yang sihat khususnya di tempat kerja", ujar Y.Bhg Dr.
Zulkifli.
Ceramah
ini memberikan pengetahuan tentang tips-tips kesihatan, punca-punca dan
risiko penyakit oleh kaum lelaki serta kaedah-kaedah rawatan.
Ceramah
dihadiri oleh YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Zinin, Timbalan Ketua Polis
Negara, Y.Bhg Professor Dato' Dr. Mohd Ramzisham bin Abd. Rahman,
Pengarah Pusat Jantung/Paru-paru dan Pakar Perunding Bedah
Jantung/Paru-paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, YDH
DCP Dato' Muhammad Fuad Bin Abu Zarim , Timbalan Pengarah KDN/KA
(PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB), YDH Dato' Shahbudin
Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Latihan, Pegawai
dan anggota polis Bukit Aman.

Y.Bhg Professor Dato' Dr. Mohd Ramzisham bin Abd. Rahman bergambar bersama Pegawai Polis

Kaunter Pendaftaran

Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara

Dari
kiri... YDH Dato' Muhammad Fuad Bin Abu Zarim , Timbalan Pengarah
KDN/KA (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB),
Y.Bhg Professor Dato' Dr. Mohd Ramzisham bin Abd. Rahman, Pengarah Pusat
Jantung/Paru-paru dan Pakar Perunding Bedah Jantung/Paru-paru Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin
Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato' Shahbudin Bin Abdul Wahab,
Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Latihan dan Y.Bhg Professor Dr.
Zulkifli bin Zainuddin, Pakar Bedah Urologis Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia

Insp Amirul Adham bin Abdul Rahman, Pengaraca Majlis



Antara yang hadir

Y.Bhg Professor Dr. Zulkifli bin Zainuddin, Pakar Bedah Urologis Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Penyampaian Cenderahati