Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Sibu Tahan 12 Suspek Kes Bunuh Jalan Wong King Huo

Published: 22 Apr 2017 2.28 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sibu, 22 April 2017 - Polis Sibu setakat ini menahan seramai 12 lelaki berhubung pembunuhan seorang ahli perniagaan di Jalan Wong King Huo di sini awal pagi Khamis lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sibu-tahan-12-suspek-kes-bunuh-jalan-wong-king-huo
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:43 MYT

Sibu, 22 April 2017 - Polis Sibu setakat ini menahan seramai 12 lelaki berhubung pembunuhan seorang ahli perniagaan di Jalan Wong King Huo di sini awal pagi Khamis lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata, mereka termasuk dua lelaki yang ditahan reman lima hari sebelum ini.

Menurut beliau, suspek yang ditahan tersebut berusia dalam lingkungan 20-an dan polis sedang berusaha mengesan beberapa orang lagi yang masih bebas. Mereka kini sedang disiasat lebih lanjut. 

"Bagi mereka yang terlibat dan melarikan diri, mereka tidak akan dapat melarikan diri daripada kita (polis), kita akan cari mereka, Sibu tidak besar, Sarawak juga tidak besar bagi polis, (negara) China kita boleh pergi dan kita boleh menyeberangi Lautan Cina Selatan juga", katanya pada sedang media semasa lawatan kerja ke IPD Sibu di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut seorang ahli perniagaan Clement Tan Teck Howe, 29 tahun yang sedang minum bersama-sama rakan-rakanya di sebuah kedai kopi di Jalan Wong King Huo, kira-kira 1 pagi telah didatangi dua lelaki masing-masing berusia 26 dan 22 tahun yang dikatakan dalam keadaan marah dan telah mengakibatkan pertengkaran antara mereka.

Pertengkaran tersebut terus mencetuskan pergaduhan sehingga  menyebabkan mangsa dipukul sehingga pengsan dan kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan tetapi meninggal dunia kira-kira jam 5.22 pagi. 

Mazlan berkata, pergaduhan tersebut berpunca daripada berlakunya pergeseran semasa perbualan antara dua pihak menggunakan aplikasi Wechat.

Ditanya sama ada  rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian banyak membantu dalam siasatan polis, Mazlan berkata, "Sudah tentu, ini bukti nyata yang boleh kita gunakan dalam keterangan kita," jelasnya.

"Sebab itu saya kata kita tidak khuatir, tidak lama lagi kita akan dapat menahan suspek,” katanya.

   -- BERNAMA

ArticlePublished 22 Apr 2017 2.28 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM