Polis Sibu Gagalkan Cubaan Seludup Syabu Bernilai Rm1 48 Jut
Sibu,
2 Dis - Polis Sibu Bahagian Narkotik menggagalkan percubaan dua kaldai
dadah asing menyeludup masuk sejumlah 7.3 kilogram Syabu dianggarkan
bernilai kira-kira RM1.48 juta di sini pada 27 Nov lepas.
Timbalan
Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Law Heng Soon memberitahu sidang akhbar
di sini hari ini dua suspek itu, seorang lelaki dan seorang perempuan,
telah terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Berdasarkan
siasatan awal, mereka sebelum itu berlepas dari Chennai di India.
Mereka kemudian transit di KLIA sebelum terbang ke sini dan ditangkap
sebaik saja mereka mengambil bagasi di Lapangan Terbang Sibu kira-kira
11.30 pagi.
"Lelaki itu didapati menyembunyikan 3.1 kilogram dadah itu dalam beberapa kompartmen beg galasnya.
"Wanita
itu membawa 4.2 kilogram disembunyi dalam dua beg tangan dan beberapa
sandal dan golongan reben dalam begnya," kata beliau. Law berkata
rampasan itu hasil maklumat yang diterima, merupakan yang terbesar
setakat ini di negeri ini tahun ini.
"Kami
percaya pil itu bukan untuk kegunaan tempatan kerana kita tidak
mempunyai penagih dadah tersebut seramai itu di sini. "Kami syaki ia
untuk edaran di bandar-bandar dan bandaraya lain di negeri ini dan di
tempat lain," kata beliau.
Beliau
berkata pasangan itu disiasat di bawah Seksyen 39 (B)(1)(a) Akta Dadah
Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit
kesalahan. Law memuji Bahagian Narkotik di bawah ASP Dennis Bunyam atau
kejayaan itu.
Sumber : BERNAMA