Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Siasat Semua Kemungkinan Nahas

Published: 06 Apr 2015 2.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur - Polis memulakan siasatan dalam pelbagai aspek termasuk jenayah dan kecuaian, mengenal pasti punca nahas helikopter di Semenyih yang turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-siasat-semua-kemungkinan-nahas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:49 MYT

Kuala Lumpur - Polis memulakan siasatan dalam pelbagai aspek termasuk jenayah dan kecuaian, mengenal pasti punca nahas helikopter di Semenyih yang turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Nor Rashid Ibrahim berkata, siasatan bermula selepas kejadian dan bagi peringkat permulaan, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah kematian mengejut.

"Setakat ini (semalam), siasatan forensik masih berjalan dan menunggu laporan bedah siasat kesemua mangsa nahas berkenaan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, pihaknya masih meneruskan pencarian bahan bukti termasuk mengumpul barangan milik mangsa dan serpihan bahagian badan yang mungkin masih ada di tempat kejadian. Katanya, polis turut merakamkan percakapan tiga saksi di lokasi nahas itu.

Sumber: Sinar Harian

Polis Siasat Semua Kemungkinan Nahas
ArticlePublished 06 Apr 2015 2.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM