Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Siasat Sekumpulan Lelaki Bergaduh Di Perai

Diterbitkan: 11 Aug 2022 5.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Butterworth, 10 Ogos 2022 - Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Taman Chai Leng Park, Perai di sini, pada 7 Ogos lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-siasat-sekumpulan-lelaki-bergaduh-di-perai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:11 MYT
Butterworth, 10 Ogos 2022 - Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Taman Chai Leng Park, Perai di sini, pada 7 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah IPD SEBERANG PERAI TENGAH, ACP Tan Cheng San berkata kejadian pergaduhan itu dipercayai berlaku pada kira-kira 3.30 pagi dan suspek dipercayai menggunakan beberapa objek sebagai senjata untuk menyerang satu antara sama lain.

"Hari ini, pihak polis telah mengesan empat video yang tular masing-masing berdurasi 8 saat hingga 23 saat di laman sosial Facebook memaparkan kejadian pergaduhan sekumpulan individu di hadapan sebuah restoran nasi kandar.

"Hasil semakan mendapati setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh kedua-dua pihak yang terlibat, siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek yang terlibat dan punca pergaduhan berlaku," katanya dalam kenyataan semalam.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

May be an image of 9 people


ArtikelDiterbitkan 11 Aug 2022 5.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM