Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Siasat Pelbagai Aspek Berhubung Kes Kad Kuasa Perisik

Published: 04 Sep 2014 4.00 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis sedang menyiasat kes seorang lelaki di Melaka memiliki kad kuasa risikan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dalam pelbagai aspek termasuk kemungkinan terdapat pembabitan individu dari kementerian itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-siasat-pelbagai-aspek-berhubung-kes-kad-kuasa-perisik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:06 MYT
Kuala Lumpur, 4 Sept - Polis sedang menyiasat kes seorang lelaki
di Melaka memiliki kad kuasa risikan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dalam pelbagai aspek termasuk kemungkinan terdapat pembabitan individu dari kementerian itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Bakri Mohd Zinin berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti bagaimana individu itu boleh memperoleh kad berkenaan sedangkan Unit Risikan Khas di KDN tidak wujud.

"Kita tidak mahu ada pihak tidak bertanggungjawab mencemarkan imej KDN dan pasukan polis. Kita akan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Sebanyak 129 penerima termasuk tujuh menteri kabinet dan anggota pasukan keselamatan menerima anugerah itu yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bakri berkata lelaki berusia 30 tahun itu, yang merupakan pengurus sebuah hotel di Melaka kini telah ditahan reman untuk membantu siasatan polis mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Penahanan itu dibuat setelah polis merampas satu kad kuasa Unit Risikan Khas KDN yang mempamerkan jawatan perisik daripada lelaki terbabit pada 31 Ogos lepas. - BERNAMA
ArticlePublished 04 Sep 2014 4.00 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM