Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Siasat Kanak Kanak Disyaki Didera Nenek Tiri Muda

Published: 06 Aug 2015 3.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Terengganu membuka satu Kertas Siasatan terhadap kes seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 4 tahun kerana mengalami kecederaan pada badan dan muka termasuk bengkak pada bahagian mata dipercayai didera nenek tirinya di Permaisuri, Terengganu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-siasat-kanak-kanak-disyaki-didera-nenek-tiri-muda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:12 MYT

Polis Terengganu membuka satu Kertas Siasatan terhadap kes seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 4 tahun kerana mengalami kecederaan pada badan dan muka termasuk bengkak pada bahagian mata dipercayai didera nenek tirinya di Permaisuri, Terengganu.

Pemangku Ketua Polis Setiu, DSP Idris Mohamed berkata, kejadian yang menimpa kanak-kanak malang itu disedari oleh para petugas Hospital Sultanah Nur Zanariah (HSNZ) yang membuat pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu kerana kononnya dimasukkan ke hospital akibat terjatuh di rumahnya.

Polis sudah mengenalpasti suspek yang juga nenek tirinya berusia 27 tahun itu dan hanya menunggu laporan perubatan disiapkan sepenuhnya sebelum mengambil tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian
Polis Siasat Kanak Kanak Disyaki Didera Nenek Tiri Muda

ArticlePublished 06 Aug 2015 3.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM