Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Siasat Dakwaan Anggotanya Tidak Beri Bantuan Kes Pecah Rumah

Published: 21 Aug 2015 6.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuching, 21 Ogos- Polis sedang menyiasat dakwaan seorang pemilik laman sosial Facebook kononnya anggota polis tidak mengambil perhatian terhadap aduannya bahawa rumahnya dipecah masuk.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-siasat-dakwaan-anggotanya-tidak-beri-bantuan-kes-pecah-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:10 MYT

Kuching, 21 Ogos- Polis sedang menyiasat dakwaan seorang pemilik laman sosial Facebook kononnya anggota polis tidak mengambil perhatian terhadap aduannya bahawa rumahnya dipecah masuk.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata beliau melihat kes itu sebagai serius dan telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Semalam, seorang pemilik laman Facebook memuat naik status menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila anggota polis di Balai Polis Gita tidak memberi perhatian terhadap aduannya.

Anggota polis yang menjawab panggilan telefon mangsa berkata tempat tinggalnya berada di kawasan Matang dan bukan di bawah pentadbiran balai berkenaan.

Roslan Bek berkata Balai Polis Gita berada dalam kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, manakala lokasi mangsa itu berada di bawah pentadbiran IPD Padawan.

Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada pemilik laman sosial tersebut dan anggota di balai berkenaan sebelum membuat sebarang tindakan lanjut.- BERNAMA

ArticlePublished 21 Aug 2015 6.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM