Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Serbu Sarang Penagihan Dadah 12 Individu Berjaya Ditahan

Published: 05 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai 12 penagih dadah termasuk dua warga asing berjaya ditahan dalam Op Tutup di Jalan Semantang Pinang, di sini petang semalam. Operasi itu dilaksanakan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu dengan kerjasama Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-serbu-sarang-penagihan-dadah-12-individu-berjaya-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:25 MYT

Kuala Kedah, 5 Okt - Seramai 12 penagih dadah termasuk dua warga asing berjaya ditahan dalam Op Tutup di Jalan Semantang Pinang, di sini petang semalam.

Operasi itu dilaksanakan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu dengan kerjasama Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Komander PPM Wilayah Satu ACP Marzuki Che Shuib berkata, operasi yang bermula pada jam 2 petang itu memberi tumpuan di lokasi sarang penagihan dadah berhampiran perairan muara Kuala Kedah.

“Hasil pemeriksaan, pihak polis menemui dadah jenis syabu seberat 0.54 gram dan 1.31 gram heroin," tambah beliau lagi.

Kesemua suspek dibawa ke IPD Kota Setar untuk siasatan kes di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983.
Polis Serbu Sarang Penagihan Dadah 12 Individu Berjaya Ditahan

ArticlePublished 05 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM