Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Serbu Rumah Anjur Nyanyian Tanpa Permit

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bachok: Keseronokan majlis hiburan yang dihadiri kira-kira 1,000 penduduk kampung di sebuah rumah di Kampung Kemasin di sini, berakhir apabila diserbu pihak berkuasa menerusi Ops Noda, malam kelmarin...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-serbu-rumah-anjur-nyanyian-tanpa-permit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:44 MYT

Bachok: Keseronokan majlis hiburan yang dihadiri kira-kira 1,000 penduduk kampung di sebuah rumah di Kampung Kemasin di sini, berakhir apabila diserbu pihak berkuasa menerusi Ops Noda, malam kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 11.30 malam di sebuah rumah tidak bernombor itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian kongsi gelap, maksiat dan perjudian (D7) Kota Bharu yang turut disertai pegawai Majlis Agama Islam Bachok.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad, ketika mengesahkan perkara itu berkata, serbuan dilakukan kerana menganjurkan acara nyanyian tanpa permit.

Katanya, polis menahan tujuh lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun termasuk seorang daripada yang berasal dari Terengganu.

"Kita turut dirampas pelbagai peralatan termasuk empat unit pembesar suara, khemah dan kain rentang bertulis 'Konsert Dikir Gegar’.

"Ketika serbuan, kira-kira 1,000 penduduk dari kampung berkenaan dan kawasan sekitar berseronok menyaksikan nyanyian sebclum kita mengarahkan lelaki terbabit menghentikan majlis.

"Seorang lelaki yang mendakwa penganjur majlis, mengakui tidak memohon permit untuk majlis berkenaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Hamid berkata, ujian air kencing yang dilakukan terhadap tujuh lelaki terbabit negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1), Enakmen Hiburan Negeri Kelantan.

Polis Serbu Rumah Anjur Nyanyian Tanpa Permit
Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM