Artikel
Polis Serbu Premis Judi Dalam Talian
Polis Johor berjaya melumpuhkan sebuah pusat judi online haram yang baharu beroperasi sebulan di Taman Maju, Johor Bahru.
Polis Johor berjaya melumpuhkan sebuah pusat judi online haram yang baharu beroperasi sebulan di Taman Maju, Johor Bahru.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh, seramai empat individu termasuk seorang wanita berusia antara 26 hingga 43 tahun ditahan serta penjaga-penjaga premis berkenaan.
Turut dirampas adalah 20 unit komputer, wang tunai RM229 dan sebuah modem internet.
Sumber: Utusan Malaysia