Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Serbu Pesta Seks Dadah

Published: 12 Jan 2015 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Klang - Hasrat 29 individu termasuk 10 orang wanita untuk berpesta seks sambil mengambil dadah sehingga ke subuh dalam bilik di sebuah hotel di Jalan Batu Tiga Lama di sini tidak kesampaian apabila kesemua mereka dicekup polis awal pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-serbu-pesta-seks-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:37 MYT

Klang - Hasrat 29 individu termasuk 10 orang wanita untuk berpesta seks sambil mengambil dadah sehingga ke subuh dalam bilik di sebuah hotel di Jalan Batu Tiga Lama di sini tidak kesampaian apabila kesemua mereka dicekup polis awal pagi semalam.

Dalam serbuan pukul 3 pagi itu, polis turut menemui dadah pelbagai jenis yang dibungkus dalam peket plastik lutsinar serta 15 biji pil disyaki ekstasi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, pihaknya menyerbu bilik hotel itu selepas menerima aduan mengenai pesta dadah dan seks di lokasi tersebut. 

"Bertindak atas maklumat dan risikan, kita membuat serbuan di bilik sebuah hotel dan di dalamnya terdapat 10 wanita dan 19 lelaki sedang berseronok malahan ada yang berkhayal," terang beliau.

Sumber: Kosmo

Polis Serbu Pesta Seks Dadah
ArticlePublished 12 Jan 2015 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM