Seramai 175 orang pengunjung kelab hiburan di Jalan Tebrau dekat Johor Bahru tergamam setelah pihak polis membuat operasi membanteras najis dadah pada jam 2.30 pagi itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh, keasyikan sekumpulan pemuda dan gadis yang turut mengadakan parti liar di dalam kelab itu mengundang padah setelah 23 daripada mereka ditahan kerana positif dadah jenis amphetamine dalam ujian air kencing yang dibuat ke atas mereka.
Pihak polis turut menahan pemilik premis kerana tidak mempunyai lesen hiburan yang sah di bawah Enakmen Hiburan Negeri Johor.
Pemuda dan pemudi yang ditahan kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: Kosmo
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Polis Serbu Parti Liar Belia
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh, keasyikan sekumpulan pemuda dan gadis yang turut mengadakan parti liar di dalam kelab itu mengundang padah setelah 23 daripada mereka ditahan kerana positif dadah jenis amphetamine dalam ujian air kencing yang dibuat ke atas mereka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-serbu-parti-liar-belia
Scan to view the latest live version.