Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Serbu Kelab Hiburan

Diterbitkan: 18 Dec 2014 2.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seremban: Polis menahan 63 wanita warga asing dalam serbuan di sebuah kelab hiburan di Taman Koop, jalan Sungai Ujong, di sini, malam kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-serbu-kelab-hiburan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:45 MYT
Seremban: Polis menahan 63 wanita warga asing dalam serbuan di sebuah kelab hiburan di Taman Koop, jalan Sungai Ujong, di sini, malam kelmarin.

Sepasukan polis khas dari Ibu Pejabat Polls Daerah (IPD) Seremban, diketuai Inspektor Wan Kamal Wan Mahmood itu turut menahan seorang lelaki disyaki sebagai pelindung serta dua pe-kerja lelaki.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, 63 wanita warga asing yang ditahan itu terdiri daripada 61 warga Vietnam dan dua warga China.

Hasil siasatan mendapati kesemua 63 wanita warga asing tersebut melakukan kesalahan melanggar syarat dokumen perjalanan di bawah Akta Imigresen.
Polis Serbu Kelab Hiburan

Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 18 Dec 2014 2.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM